Thursday 17 July 2014



Berita terkini CDM25 isu wanita pemilik kereta Peugeot 208 mengamuk. Nombor plat pendaftaran CDM25 kini menjadi trending dilaman sosial berikutan tindakan wanita berkenaan yang memaki hamun seorang warga emas hanya kerana kereta jenama Peugeot miliknya dilanggar. Insiden itu dipercayai berlaku pada 14 Julai 2014 di tempat Parkir UTC Kuantan dan rakaman insiden tersebut tersebar dilaman sosial pada 15 Julai 2014. Identiti wanita berkenaan telah dikenalpasti sebagai Kiki Kamaruddin dan merupakan pemilik perniagaan kerja kahwin SDN BHD.

Sumber: Berita Terkini CDM25 Isu Wanita Kereta Peugeot Mengamuk | melvister.com 


Identiti Pemilik Kereta CDM25 Peugeot 208
Nama Penuh: Siti Fairrah Asyikin bt Kamaruddin
Nama Samaran: Kiki
Nama Akaun Facebook: Kiki Kerja Kahwin
Pekerjaan: Pengasas perniagaan Kerja Kahwin SDN BHD
Akaun Facebook: Telah ditutup
Nombor Plat Kereta: CDM25
Gambar Wajah Pemilik Peugeot 208 No Plat CDM25
kiki
Kronologi Kes Isu Wanita Kereta Peugeot Mengamuk
14 Julai 2014: Warga emas berusia 68 tahun dikenali sebagai Sim Siak Hong telah menjadi mangsa maki hamun pemilik kereta Peugeot 208 akibat terlanggar kereta berkenaan di parkir Pusat Transformasi Bandar (UTC), Kuantan.
15 Julai 2014: Rakaman video insiden tersebut tersebar dan menjadi perbualan hangat dilaman sosial. Jutaan rakyat Malaysia telah melempak kata kesat terhadap tindakan wanita terbabit.
16 Julai 2014: Identiti wanita berkenaan telah dikenalpasti sebagai Kiki dengan nombor pendaftaran kereta CDM25. Kiki menerusi laman sosial telah memohon maaf secara terbuka. Begitu juga dengan mangsa iaitu seorang warga emas menyatakan bahawa dia tidak akan mengambil tindakan undang-undang terhadapnya malah bersedia memaafkan wanita itu. Walaubagaimanapun Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar memberitahu bahawa polis akan mengambil tindakan terhadap Kiki.


Sumber: Berita Terkini CDM25 Isu Wanita Kereta Peugeot Mengamuk | melvister.com 

No comments:

Post a Comment